29 October 2013

Lawatan Rasmi dari Kampus Temenggung Ibrahim 

Tarikh : 10/10/2013
Masa :11.00 a.m - 1.00p.m
Peserta : 4 org pensyarah dan 30 Orang pelajar IPG tersebut
 
Aktiviti kanak-kanak 3-4 tahun

Aktiviti Kanak-kanak 2-3 tahun


Aktiviti Kanak-kanak-kanak 1-2 tahun


Melawat sekitar PAPN dan melihat aktiviti yang dijalankan.

 
  
Sesi taklimat ringkas mengenai Program Permata kepada para pensyarah dan pelajar IPG tersebut.

 

 



Sesi penyampaian hadiah dari pihak IPG kepada PAPN Putrajaya...TQVM :)

Gambar kenangan bersama Pihak IPG Temenggung Ibrahim.

Forum Kebangsaaan ECCE 2013 MSU Shah Alam

SHAH ALAM, 3 Okt 2013
 Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor telah menyampaikan ucaptamanya ketika merasmikan Forum Kebangsaan ECCE 2013 (Early Childhood Care and Education) di Kampus Management Science University (MSU), Shah Alam.

Kanak-kanak PAPN Putrajaya 2 telah dijemput untuk menyertai aktiviti yang dijalankan di sana. 
Kanak-kanak PAPN Putrajaya telah menjayakan aktiviti PERMATA yang merangkumi bidang Art and Craft dan juga sesi Morning Circle.



















21 October 2013

 Karnival Kesihatan Pergigian: Gigi Ku Mutiara Ku

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan Karnival Kesihatan Pergigian: Gigi Ku Mutiara Ku Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2013 & Malaysian Book Of Records Boneka Cha-Cha Kesihatan Pergigian Terpanjang Di Malaysia yang disempurnakan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Tarikh            :           6 Oktober 2013 (Ahad)
Masa              :           10.00 pagi – 11.00 malam
Tempat          :           Lobi Utama
                                  Berjaya Times Square, KL
Perasmi         :           YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

Objektif karnival ini adalah:
  1. Untuk menanamkan sikap mementingkan penjagaan kesihatan pergigian dikalangan semua lapisan masyarakat bermula dari peringkat kanak-kanak lagi.
  2. Untuk memperkasa individu, keluarga dan masyarakat akan kepentingan penjagaan kesihatan pergigian kendiri.
  3. Untuk memperkenalkan bahawa persembahan boneka adalah salah satu wadah promosi kesihatan pergigian yang berkesan.
  4. Untuk mencipta Malaysian Book of Records dalam persembahan boneka kesihatan pergigian terpanjang
  5. Untuk mempromosikan peranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam meningkatkan tahap kesihatan



PAPN Putrajaya telah turut sama menyertai karnival tersebut.
Antara gambar yang sempat dirakamkan ketika berlangsungnya majlis tersebut seperti di bawah :













01 October 2013

Syarat Kelayakan Anak PERMATA


Syarat-syarat pemilihan Anak PERMATA Negara
  • Bagi kawasan luar bandar, jumlah pendapatan isi rumah (suami dan isteri) adalah tidak melebihi RM1,500.00.
  • Bagi kawasan pinggir bandar dan dalam bandar, pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM 2,500.00.
  • Bagi Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Putrajaya dan Presint 16, keutamaan diberikan kepada pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan sokongan 3 seperti berikut:
  1. Pemandu
  2. Pembantu Am Rendah
  3. Pengawal Keselamatan
  4. Pasangan yang tidak bekerja
  • Keutamaan juga diberikan kepada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), pemohon yang mempunyai masalah keluarga (contoh:  masalah penceraian, digantung tidak bertali  dll.).
Keputusan Permohonan Kemasukan Anak ke PAPN
  • Surat Tawaran untuk mengikuti Program PERMATA Negara akan dihantar kepada ibu bapa yang berjaya sekurang-kurangnya sebulan selepas pemilihan anak.
Penamatan Anak dari Program PERMATA Negara
  • Penamatan anak dari Program PERMATA Negara akan dibuat sekiranya berlaku sebarang penipuan dalam permohonan kemasukan Anak ke PAPN.
  • Notis penamatan satu (1) bulan akan diberikan kepada ibu bapa dan sebarang alasan/rayuan tidak akan dilayan.

Lawatan Negara Dari Presiden Singapura TYT Dr Tony Tan Keng Yam Beserta Isteri Ke Pusat Anak Permata Negara Putrajaya


Pada 19 September 2013 ,
Bahagian PERMATA telah menerima kunjungan hormat daripada Presiden Singapura 
TYT Dr Tony Tan Keng Yam beserta isteri TYT Puan Mary Tan 
ke Pusat Anak PERMATA Negara Putrajaya.
Tetamu kehormat disambut mesra oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang merangkap Penaung Program PERMATA.

Tetamu kehormat kemudian ditayangkan Video Korporat PERMATA Gemilang yang menunjukan kesemua Program PERMATA yang dijalankan oleh Bahagian PERMATA. Mereka juga diberi taklimat oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia YBhg. Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. 

Seterusnya lawatan diteruskan dengan persembahan Tarian Tanjung Katong dan juga Pop Yeh Yeh oleh anak anak PERMATA.



Flower Girl dan Flower Boy
PAPN PUTRAJAYA




Persiapan sebelum menyambut ketibaan tetamu VIP

Persiapan sebelum menyambut ketibaan tetamu VIP


 Ketibaan tetamu yang dinantikan...:)


 Aktiviti yang dijalankan semasa hari lawatan tersebut