23 March 2010

Mesyuarat Sulung PIBP PAPN Putrajaya 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pihak PAPN Putrajaya 2 telah mengadakan Mesyuarat PIBP kali pertama di
Tempat : Auditorium 1, Kompleks Kejiranan Presint 16,
Tarikh : 10 Mac 2010 .

Mesyuarat kali pertama ini bertujuan melantik Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa Biro PIBP bagi melaksanakan aktiviti yang berkaitan, hasil mesyuarat kali pertama ini, Jawatankuasa PIBP bersetuju untuk menghadiri Bengkel Keibubapaan yang akan diadakan pada 27 Mac 2010.
(Sila rujuk tab aktiviti terkini untuk maklumat lanjut)


15 March 2010

PAPN Putrajaya 2 di Facebook

Assalamualikum wrt. wbt. dan salam sejahtera,

SUKACITA dimaklumkan, PAPN Putrajaya 2 telah berjaya membuka akaun facebooknya pada 15 Mac 2010, diharapkan dengan akaun facebook ini, ibubapa atau pentadbir PAPN lain mahupun pihak ibu pejabat dapat memanfaatkan ruangan sembang dan sosial ini bagi kebaikan bersama.

walaubagaimanapun, pihak kami akan sedaya upaya mengemaskini web blog kami bagi memberikan maklumat dan perkembangan semasa PAPN Putarjaya 2 ini kepada pihak luar. pihak kami amat berharap dengan adanya akaun facebook ini, semua pihak dapat memberikan pandangan dan komen yang membina dan semoga akaun facebook ini akan membantu pihak kami mempertingkatkan komitmen dan kecemerlangan PAPN Putrajaya 2 ini, insyaallah

Berikut address di facebook :
Username : PaPn Putrajaya
alamat email : papnputrajaya2@gmail.com


11 March 2010

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Sempena Pembukaan PAPN Putrajaya (2)






Syukur ke hadrat ilahi, dengan kerjasama erat antara pihak pendidik dan ibu bapa, Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin telah sempurna dilaksanakan dengan meriah sekali. Majlis ini bermula pada pukul 7.00 malam sehingga 9.30 malam di PAPN Putrajaya (2).

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibunda tercinta iaitu Datin Sri Rosmah Mansor kerana sudi menyumbangkan Surah Yassin dan persegaran pada aktiviti Sulung PAPN Putrajaya 2 ini.

Disamping majlis bacaan yassin ini juga, diadakan satu slot ceramah pendek yang disampaikan oleh imam yang dijemput pada malam tersebut yang membawakan tajuk "Nasihat dan Tanggungjawab Pendidik dan Ibu bapa kepada Anak-anak".

Semoga dengan bacaan yassin dan solat hajat ini, dapat memberikan keberkatan dan rahmat kepada PAPN Putrajaya 2 dan kepada anak-anak didik kami semuanya. insyaallah.

SILA LAYARI "GALERI GAMBAR " UNTUK MENDAPATKAN LEBIH BAYAK GAMBARAN BERKAITAN AKTIVITI INI

Hari Pendaftaran Sulung Anak-anak PERMATA Putrajaya (2)






Alhamdullilah kami telah menerima anak-anak sulung permata pada 1 dan 2 mac 2010 seramai 34 orang. Pendaftaran bermula pada pukul 8.30 pagi diikuti dengan taklimat oleh ketua pendidik iaitu Pn. Noorbalqish beserta pihak PERMATA NEGARA.

Dari respon yang diterima selepas taklimat kepada ibu bapa, mereka semuanya amat teruja untuk memberikan kerjasama dan komitmen sepenuhnya bagi memastikan anak-anak mereka mengikuti program permata dengan jayanya.

Pelbagai ragam dan karenah anak-anak permata membuatkan kami pendidik dan pembantu pengurusan murid merasa terhibur dan lebih bersemangat bagi mendidik anak bangsa ini, walaupun pada hakikatnya keadaan letih membelenggu kami semua. Namun kami semua tetap ceria dan gembira menerima anak-anak ini.

SILA LAYARI "GALERI GAMBAR" UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR HARI PENDAFTARAN INI.




10 March 2010

Sesi Mengemas dan Menghias PAPN Putrajaya 2












Sesi mengemas dan menghias PAPN Putrajaya telah berlangsung selama seminggu telah dilaksanakan pendidik dan pembantu pendidik permata. maklum sahajalah tempat baru. semua pendidik dan pembantu pendidik teruja untuk menghias PAPN ini,
walaupun semasa sesi menghias ini masih ada lagi perabot dan alatan pembelajaran masih belum habis dihantar oleh pihak pembekal, pendidik dan pembantu pendidik telah melaksanakan proses menghias ini dengan penuh kreatif dan inovatif.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pendidik dan pembantu pendidik atas usaha ini.

Penerimaan Alatan Pembelajaran dan Perabot PAPN













Pihak PERMATA telah menghantar alatan pembelajaran dan perabot PAPN Putrajaya 2 bermula pada 17 Februari 2010. Semasa proses penghantaran alatan pembelajaran dan perabot ini, pendidik dan pembantu pendidik sibuk mengemas dan menghias PAPN.

Pelbagai alatan pembelajaran dan perabot diterima sesuai dengan konsep PAPN Putrajaya 2 iaitu "Rumah Permainan" yang Ceria.

09 March 2010

Majlis Penyerahan PAPN Putrajaya 2 (Siri 3)






Sekitar Majlis Serahmilik PAPN Putrajaya 2, Majlis telah berlangsung dengan jayanya.