04 January 2011

Hari Pendaftaran Anak PAPN Putrajaya Sesi 2011

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya, Sesi Pendaftaran Anak PAPN Putrajaya bagi Sesi 2011 dapat dijalankan dengan lancar. Jutaan TAHNIAH kepada ibubapa dan anak-anak yang telah dipilih untuk menyertai program PERMATA di sini. Kami warga PAPN Putrajaya mengalu-ngalukan kedatangan semua dan berharap agar kerjasama dapat diberikan sepenuhnya bagi merealisasikan Visi dan Misi PERMATA lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan penglibatan ibubapa. Komitmen dalam mendorong dan mendidik anak-anak ini adalah tanggungjawab kita bersama.

Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan...
Selamat Datang! =)






untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik di sini.

28 December 2010

Majlis Konvokesyen PAPN Putrajaya Sesi 2010

Dewan Kompleks Kejiranan Presint 16 Putrajaya - 15 Disember 2010

Buat julung kalinya diadakan majlis konvokesyen Pusat Anak PERMATA Negara Putrajaya bagi Sesi 2010. Seramai 9 orang anak PERMATA telah diraikan dalam majlis yang gilang gemilang ini. En. Zamri Mohd Esa, Ketua Setiausaha Bahagian PERMATA telah merasmikan majlis tersebut.Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang telah memberi kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan majlis konvokesyen ini.





untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik di sini.

21 October 2010

Lawatan Deligasi dari First Ladies Summit

Pada 13 Oktober yang lalu, PAPN Putrajaya telah menerima lawatan deligasi dari First Ladies Summit iaitu isteri-isteri ketua negara. Lawatan ini telah diketuai oleh Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Y.A.B Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program PERMATA.

Majlis petang itu berlangsung dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada Mentor2@Trainer2 PERMATA, Bahagian PERMATA, ibubapa serta Pendidik2 dan PPM PAPN Putrajaya yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis. :)














untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik di sini .

07 September 2010

Salam Aidilfitri 1431 Hijrah



Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi... Anak-anak di PAPN Putrajaya telah menjalani sesi fotografi sebelum Ramadhan lagi. Comel sungguh anak-anak ini apabila semuanya perpakaian tradisional aiaitu baju melayu, baju kurung dan baju kebaya.

Salam Aidilfitri kami ucapkan buat warga PAPN Putrajaya dan semua PAPN di seluruh Malaysia...
Mohon Maaf Zahir & Batin... :)







* Kad raya khas buat Bahagian PERMATA


# ibubapa bolehlah melihat gambar anak masing-masing di ruang 'Anak PERMATA' atau di dalam akaun facebook PAPN Putrajaya. Terima Kasih.

29 August 2010

Ogos Bulan Kemerdekaan

Bersempena bulan Kemerdekaan ini, anak-anak PERMATA PAPN Putrajaya didedahkan mengenai erti kemerdekaan... Antara aktiviti yang kami jalankan adalah Lawatan sambil belajar ke Masjid Sultan Mizan, Putrajaya atau dikenali juga dengan panggilan 'Masjid Besi'. Lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada anak-anak PERMATA 3 dan 4 tahun mengenai fungsi-fungsi rumah ibadah. Mama Farisya, Mama Humaira dan Mama Muiz juga turut serta dalam lawatan tersebut. Kami agak bertuah kerana mendapat layanan serta bantuan yang amat baik dari pihak sekuriti masjid tersebut. Terima kasih daun keladi, esok-esok kami datang lagi :)










Selain itu di PAPN Putrajaya juga kami menjalankan aktiviti- aktiviti harian berpandukan tema bulanan dan modul PERMATA.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah... 'Mengibarkan Jalur Gemilang'.

Anak2 PERMATA amat bersemangat berikrar dan menyanyikan lagu 'Negaraku, Satu Malaysia, PERMATA, Tanggal 31 Ogos dan Bendera Kita'. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke- 53...

" Satu Malaysia Menjana Transformasi " :)


begitu bersemangat lagi Faiq mahu menyanyi di hadapan bersama cikgu fatimah =)





02 August 2010

Lawatan Ke Aquaria

Bersempena tema pembelajaran anak2 PERMATA pada bulan julai ini iaitu Haiwan, PAPN Putrajaya 2 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Aquaria KLCC. Lawatan ini telah berlangsung pada 30 Julai 2010 dari jam 10 pagi hingga jam 3 petang. Seronok melihat telatah kanak-kanak yang teruja dengan haiwan2 di Aquaria. Terima kasih kepada Pendidik2 dan ibubapa yang menjayakan program ini. Jumpa lagi di program akan datang.

* sila layari facebook PAPN Putrajaya 2 untuk melihat lebih banyak gambar. Terima kasih.