21 October 2010

Lawatan Deligasi dari First Ladies Summit

Pada 13 Oktober yang lalu, PAPN Putrajaya telah menerima lawatan deligasi dari First Ladies Summit iaitu isteri-isteri ketua negara. Lawatan ini telah diketuai oleh Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Y.A.B Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program PERMATA.

Majlis petang itu berlangsung dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada Mentor2@Trainer2 PERMATA, Bahagian PERMATA, ibubapa serta Pendidik2 dan PPM PAPN Putrajaya yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis. :)














untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik di sini .

07 September 2010

Salam Aidilfitri 1431 Hijrah



Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi... Anak-anak di PAPN Putrajaya telah menjalani sesi fotografi sebelum Ramadhan lagi. Comel sungguh anak-anak ini apabila semuanya perpakaian tradisional aiaitu baju melayu, baju kurung dan baju kebaya.

Salam Aidilfitri kami ucapkan buat warga PAPN Putrajaya dan semua PAPN di seluruh Malaysia...
Mohon Maaf Zahir & Batin... :)







* Kad raya khas buat Bahagian PERMATA


# ibubapa bolehlah melihat gambar anak masing-masing di ruang 'Anak PERMATA' atau di dalam akaun facebook PAPN Putrajaya. Terima Kasih.

29 August 2010

Ogos Bulan Kemerdekaan

Bersempena bulan Kemerdekaan ini, anak-anak PERMATA PAPN Putrajaya didedahkan mengenai erti kemerdekaan... Antara aktiviti yang kami jalankan adalah Lawatan sambil belajar ke Masjid Sultan Mizan, Putrajaya atau dikenali juga dengan panggilan 'Masjid Besi'. Lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada anak-anak PERMATA 3 dan 4 tahun mengenai fungsi-fungsi rumah ibadah. Mama Farisya, Mama Humaira dan Mama Muiz juga turut serta dalam lawatan tersebut. Kami agak bertuah kerana mendapat layanan serta bantuan yang amat baik dari pihak sekuriti masjid tersebut. Terima kasih daun keladi, esok-esok kami datang lagi :)










Selain itu di PAPN Putrajaya juga kami menjalankan aktiviti- aktiviti harian berpandukan tema bulanan dan modul PERMATA.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah... 'Mengibarkan Jalur Gemilang'.

Anak2 PERMATA amat bersemangat berikrar dan menyanyikan lagu 'Negaraku, Satu Malaysia, PERMATA, Tanggal 31 Ogos dan Bendera Kita'. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke- 53...

" Satu Malaysia Menjana Transformasi " :)


begitu bersemangat lagi Faiq mahu menyanyi di hadapan bersama cikgu fatimah =)





02 August 2010

Lawatan Ke Aquaria

Bersempena tema pembelajaran anak2 PERMATA pada bulan julai ini iaitu Haiwan, PAPN Putrajaya 2 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Aquaria KLCC. Lawatan ini telah berlangsung pada 30 Julai 2010 dari jam 10 pagi hingga jam 3 petang. Seronok melihat telatah kanak-kanak yang teruja dengan haiwan2 di Aquaria. Terima kasih kepada Pendidik2 dan ibubapa yang menjayakan program ini. Jumpa lagi di program akan datang.

* sila layari facebook PAPN Putrajaya 2 untuk melihat lebih banyak gambar. Terima kasih.











21 June 2010

Datang dan pergi...

Selamat datang diucapkan kepada Ketua Pendidik baru iaitu Pn. Fatimah Zaharah selaku pendidik tetap yang baru tamat daripada Kursus Perguruan Lepasan Izajah (KPLI) PERMATA ambilan Jun 2009. Untuk makluman semua Pn. Fatimah adalah Pendidik PERMATA batch Ke-2 yang amat perpengalaman di dalam PERMATA dan pernah menjadi Ketua Pendidik di PAPN Bercham. Selamat bertugas :)


Salam perpisahan ditujukan buat Cikgu Hazmah dan Cikgu Azlina yang terpilih mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Izajah (KPLI) PERMATA ambilan Jun 2010. Tahniah kami ucapkan dan terima kasih di atas jasa kalian mendidik anak-anak PERMATA dan bertungkus lumus di awal penubuhan PAPN Putrajaya 2.

Warkah khas daripada Cikgu Hazmah dan Cikgu Azlina :


"Ucapan terima kasih kepada semua Pendidik, PPm dan ibubapa serta anak-anak didik yang telah memberi kerjasama sepanjang kami bertugas di sini. Semoga ilmu yang dicurahkan akan berterusan dan dirahmati Allah SWT. Doakan kami berdua selamat menempuh KPLI dengan jayanya."

Terbang bangau dilangit tinggi,
hinggap dipohon mawar berduri,
silap dan salah harap dimaafi,
semoga kita berjumpa lagi.

20 June 2010

Pemeriksaan Kesihatan

Di setiap Pusat Anak PERMATA Negara, pemeriksaan kesihatan perlulah dijalankan sekurang2nya 2 kali dalam setahun. Begitu juga yg berlaku di PAPN Putrajaya 2. Pada 15 jun yang lalu, Doktor dan jururawat dari Klinik Kesihatan Putrajaya telah menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap kanak-kanak. Setiap Pendidik akan memberi buku perkembangan dan kesihatan (buku merah) setiap kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing kepada jururawat. Daripada buku tersebut doktor dan jururawat dapat mengenal pasti tahap perkembangan fizikal (tinggi dan berat) kanak-kanak tersebut yang telah dicatat oleh Pendidik masing2 pada setiap hujung bulan. Lihat la telatah kanak-kanak ini apabila diperiksa oleh doktor. Moga anak-anak ini dapat membesar dengan sihat :)







30 May 2010

Sambutan Hari IbuBapa & Pendidik


Pada 22 Mei 2010 telah berlangsungnya Sambutan Hari IbuBapa dan Pendidik bersempena tema pembelajaran anak-anak PERMATA bagi bulan mei iaitu Makanan. Seawal jam 8 pagi lagu ibu bapa dan pendidik hadir bagi membuat persiapan BBQ. Para bapa menyediakan api untuk memanggang manakala para ibu dan Pendidik menghidangkan makanan, menyusun hadiah dan penyediaan tempat. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Pengerusi PIBP PAPN PUJ 2 dan diteruskan Persembahan nyanyian Hari Ibu oleh kanak2 PAPN PUJ 2. Selepas itu acara cabutan dan penyampaian hadiah oleh anak2 dan para ibu. Semua hadirin menjamu selera dengan enak sekali. Majlis diteruskan pula dengan acara 'Make Over My Wife'. Seramai 4 keluarga menyertai acara ini. Lucu melihat para bapa menyolekkan isteri masing2 dan ada juga anak PERMATA yg menyolekkan ibunya sendiri. Selesai acara tersebut, diteruskan pula dengan acara memotong kek bagi anak2 PERMATA yg lahir pada bulan januari hingga mei. Puan Balqish selaku Ketua Pendidik PAPN PUJ 2 telah menyampaikan hadiah buat para pemenang acara 'Make Over My Wife' dan saguhati kepada semua anak2 yang hadir pada majlis tersebut. Di akhir majlis, semua ibubapa dan Pendidik bergotong-royong membersihkan kawasan majlis.  Terima kasih buat semua yg menjayakan majlis ini. Jumpa lagi di majlis akan datang.

"Selamat Hari Ibu, Bapa & Pendidik" :)


cikgu sarah menggantungkan belon di banner...



Pengerusi PIBP,En. Azman berucap dan para bapa memanggang juadah


comelnye anak2 PERMATA menyanyi... :)



sambil makan mari kita berkaraoke! :)


acara cabutan dan penyampaian hadiah hari ibu... siapa bertuah dapat hadiah besar!




model2 bersama hadiah yang dimenangi :)


kek sedap! :)



para Pendidik sempat berposing juge :)

*pihak kami memohon maaf diatas kesilapan teknikal yang menyebabkan lelewatan mg'publishkan' entry kali ini.