19 April 2010

Aktiviti Penglibatan Ibubapa dan Pembelajaran bagi Tema "Deria"

Pada 16 April 2010, pihak PAPN Putrajaya 2 telah mengadakan satu sesi pembelajaran mengikut tema iaitu "DERIA" melalui aktiviti "Mari Memanggang". Disamping itu juga, aktiviti ini melibatkan penglibatan ibubapa bagi bulan April 2010.

Keceriaan dan komitmen dari ibubapa amatlah memberangsangkan. Ibubapa yang hadir serta anak-anak amat terhibur pada hari tersebut. Kami bagi pihak Pendidik mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang memberikan komitmen serta sumbangan pada hari tersebut. Syabas diucapkan,

(Sila Layari Facebook PAPN Putrajaya 2 bagi mendapatkan lebih banyak gambar pada aktiviti ini)








Lawatan Daripada PERMATA Angkatan Tentera Darat Sg Besi, Kuala Lumpur

Baris...Baris Sedia
Dari kiri...Cepat jalan

Hah, itulah antara arahan kawad yang selalunya kita dengar bila ada perbarisan, namun di PAPN Putrajaya 2 lain pula jadinya. Pihak kami telah dikunjungi rombongan daripada PERMATA Angkatan Tentera Darat Kem Sg Besi pada 15 April 2010, Rombongan ini diketuai oleh 2 orang Mejar dan Staf Sarjan. Tujuan lawatan ini adalah bagi merapatkan hubungan dua hala dan melihat landskap serta persekitaran PAPN Putrajaya 2.

Pihak PAPN Putrajaya 2 amat mengalu-alukan lawatan ini. Semoga dengan lawatan ini akan mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah pihak.





Lawatan daripada SEDIDIK Sibu, Sarawak

Pada 13 April 2010, PAPN Putrajaya 2 telah dikunjungi rombongan daripada SEDIDK Sarawak, seramai 6 orang pelawat beserta wakil daripada pihak Permata Negara. Tetamu ini telah diraikan oleh pendidik PAPN Putrajaya 2, Tujuan lawatan ini adalah bagi melihat secara dekat perjalanan PAPN Putrajaya 2 dan melihat landskap serta persekitaran pusat pembelajaran ini.

Bagi pihak PAPN Putrajaya 2, kami amat mengalu-alukan kedatangan ini. Semoga dengan lawatan ini akan dapat menjalinkan lagi kerjasama dan hubungan persahabatan kedua-dua pihak.







08 April 2010

Aktiviti Penglibatan Ibubapa Bagi Bulan April 2010

Salam kepada Semua Ibubapa Anak-anak PERMATA Putrajaya 2,

Untuk mendapatkan lebih banyak gambar berkaitan aktiviti penglibatan Ibubapa pada bulan April 2010, Sila layari Facebook PAPN Putrajaya 2.

Sekian, dimaklumkan

Lawatan Daripada Yayasan Pendidikan Sarawak

Pihak PAPN Putrajaya 2 telah dikunjungi oleh pihak Yayasan Pendidikan Sarawak pada 5 April 2010. Seramai 5 orang wakil daripada pihak Yayasan Pendidikan Sarawak dan pihak Pengurusan PERMATA.

Bagi pihak PAPN Putrajaya 2, kami amat mengalu-alukan kedatangan daripada pihak Yayasan Pendidikan Sarawak ini.









Bengkel Keibubapaan PAPN Putrajaya 2

Bengkel Keibubapaan anjuran bersama PAPN Putrajaya (1) telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Mac 2010 bermula dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 11.00 pagi. Bengkel ini telah diadakan di Auditorium 1, Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.



























Penceramah jemputan ialah Prof. Madya Dr. Rumaya bt. Juhari, Ketua Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, UPM dan juga Pn. Nani bt. Menon, pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, UPM.

Pelbagai ilmu berkaitan keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak telah dikongsi di dalam bengkel ini. Semoga ilmu yang perolehi ini dapat membantu ibubapa lebih menghargai permata yang tidak ternilai iaitu anak-anak untuk dibentuk menjadi insan gemilang pada masa akan datang.