21 June 2010

Datang dan pergi...

Selamat datang diucapkan kepada Ketua Pendidik baru iaitu Pn. Fatimah Zaharah selaku pendidik tetap yang baru tamat daripada Kursus Perguruan Lepasan Izajah (KPLI) PERMATA ambilan Jun 2009. Untuk makluman semua Pn. Fatimah adalah Pendidik PERMATA batch Ke-2 yang amat perpengalaman di dalam PERMATA dan pernah menjadi Ketua Pendidik di PAPN Bercham. Selamat bertugas :)


Salam perpisahan ditujukan buat Cikgu Hazmah dan Cikgu Azlina yang terpilih mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Izajah (KPLI) PERMATA ambilan Jun 2010. Tahniah kami ucapkan dan terima kasih di atas jasa kalian mendidik anak-anak PERMATA dan bertungkus lumus di awal penubuhan PAPN Putrajaya 2.

Warkah khas daripada Cikgu Hazmah dan Cikgu Azlina :


"Ucapan terima kasih kepada semua Pendidik, PPm dan ibubapa serta anak-anak didik yang telah memberi kerjasama sepanjang kami bertugas di sini. Semoga ilmu yang dicurahkan akan berterusan dan dirahmati Allah SWT. Doakan kami berdua selamat menempuh KPLI dengan jayanya."

Terbang bangau dilangit tinggi,
hinggap dipohon mawar berduri,
silap dan salah harap dimaafi,
semoga kita berjumpa lagi.

20 June 2010

Pemeriksaan Kesihatan

Di setiap Pusat Anak PERMATA Negara, pemeriksaan kesihatan perlulah dijalankan sekurang2nya 2 kali dalam setahun. Begitu juga yg berlaku di PAPN Putrajaya 2. Pada 15 jun yang lalu, Doktor dan jururawat dari Klinik Kesihatan Putrajaya telah menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap kanak-kanak. Setiap Pendidik akan memberi buku perkembangan dan kesihatan (buku merah) setiap kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing kepada jururawat. Daripada buku tersebut doktor dan jururawat dapat mengenal pasti tahap perkembangan fizikal (tinggi dan berat) kanak-kanak tersebut yang telah dicatat oleh Pendidik masing2 pada setiap hujung bulan. Lihat la telatah kanak-kanak ini apabila diperiksa oleh doktor. Moga anak-anak ini dapat membesar dengan sihat :)