11 October 2011

Majlis Sambutan Hari Raya, Sept 24, 2011


Tanggal 24 September 2011 yang lalu, PAPN Putrajaya telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.








09 September 2011

Gotong Royong Perdana 2011

Pada 26 Julai 2011 Gotong-Royong Perdana telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama ibubapa & Pendidik PAPN Putrajaya. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan aktiviti ini.



 *untuk lihat lebih banyak gambar sila Klik di sini



18 June 2011

Sambutan Hari IbuBapa & Pendidik 2011



Pada 25 Mei 2011 telah berlangsungnya Sambutan Hari IbuBapa & Pendidik bertempat di PAPN Putrajaya. Tepat jam 8 pagi majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi PIBP & merangkap wakil para Bapa, En. Fathullah Uzir  dan disusuli dengan ucapan oleh Penolong pengerusi PIBP & merangkap wakil para Ibu, Pn. Rosnah. Majlis juga diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Pendidik PAPN Putrajaya & merangkap wakil Pendidik, Pn. Fatimah Zaharah Adam.



Selepas itu majlis diserikan dengan persembahan dari anak2 PERMATA, pemberian bunga daripada anak2 kepda setiap ibu&bapa, persembahan dari Pendidik, memotong kek beramai-ramai & permainan kotak beracun. Alhamdulillah majlis meriah & berjalan dengan sempurna. Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang hadir & yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan majlis ini... 





From hari ibubapa & Pendidik 2011

 



*untuk melihat lebih banyak gambar sila klik di sini.

12 April 2011

Sukaneka PAPN Putrajaya 2011

Pada 6 April 2011 yang lalu bertempat di gelanggang bola keranjang PAPN Putrajaya telah berlangsungnya sukaneka PAPN Putrajaya 2011 yang bertemakan "Anak Sihat Ibubapa Ceria". Sukaneka telah dianjurkan oleh Guru Pelatih KPLI PERMATA, Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama PAPN Putrajaya. Sokongan daripada ibubapa juga sangat memberangsangkan.Terima kasih tidak terhingga kepada ibubapa yang terlibat dalam membuat persiapan dan membantu sepanjang berlangsungnya sukaneka tersebut.

Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh Pn. Fatimah Zaharah Adam, Ketua Pendidik PAPN Putrajaya manakala majlis penutup oleh Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Pendidik iaitu En. Fathullah Uzir. Sebanyak enam acara untuk kanak-kanak telah dipertandingkan iaitu acara mengutip biskut, bola siapa paling banyak, baling pundi kacang, lari bawa bola, pecah belon, dan mengisi air dalam botol.Satu acara terbuka bagi kategori ibubapa dan pendidik iaitu acara 'semakin jauh semakin sayang' menggamatkan suasana apabila setiap pasangan yang mengambil bahagian menunjukkan kesungguhan mempertahankan balingan belon yang diisi air terselamat daripada terjatuh dan pecah.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat...


 
 


 

 

untuk melihat lebih banyak gambar sila klik di sini.

04 January 2011

Hari Pendaftaran Anak PAPN Putrajaya Sesi 2011

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya, Sesi Pendaftaran Anak PAPN Putrajaya bagi Sesi 2011 dapat dijalankan dengan lancar. Jutaan TAHNIAH kepada ibubapa dan anak-anak yang telah dipilih untuk menyertai program PERMATA di sini. Kami warga PAPN Putrajaya mengalu-ngalukan kedatangan semua dan berharap agar kerjasama dapat diberikan sepenuhnya bagi merealisasikan Visi dan Misi PERMATA lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan penglibatan ibubapa. Komitmen dalam mendorong dan mendidik anak-anak ini adalah tanggungjawab kita bersama.

Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan...
Selamat Datang! =)






untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik di sini.