29 March 2010

Rombongan Dari Institusi Kerajaan dan Swasta Indonesia

Pada 14 Mac 2010, Pihak PAPN Putrajaya 2 telah menerima kunjungan deligasi daripada pihak institusi Indonesia. Lawatan deligasi ini tiba di PAPN Putrajaya 2 pada pukul 8.00 pagi dan lawatan berakhir pada pukul 11.30 pagi.

Tujuan lawatan ini adalah bagi melihat dan merapatkan hubungan antarabangsa Malaysia dan Indonesia. Deligasi ini telah dibawa melawat oleh pihak PERMATA yang diwakili oleh Encik Zamri dan Puan Azmaini.

Berbagai pandangan dan pendapat diberikan sepanjang lawatan ini dan pihak deligasi juga mengucapkan tahniah atas kewujudan PAPN Putrajaya 2 ini. Sebagai kenangan, pihak deligasi telah menghadiahkan cenderamata kenang-kenangan.

(SILA LAYARI RUANGAN FACEBOOK BAGI MENDAPATKAN LEBIH BANYAK GAMBARAN BERKAITAN AKTIVITI LAWATAN INI)





1 comment:

  1. tahniah! dh mula dapat pelawat... berusaha lagi wahai pendidik PERMATA! =)

    ReplyDelete