21 June 2010

Datang dan pergi...

Selamat datang diucapkan kepada Ketua Pendidik baru iaitu Pn. Fatimah Zaharah selaku pendidik tetap yang baru tamat daripada Kursus Perguruan Lepasan Izajah (KPLI) PERMATA ambilan Jun 2009. Untuk makluman semua Pn. Fatimah adalah Pendidik PERMATA batch Ke-2 yang amat perpengalaman di dalam PERMATA dan pernah menjadi Ketua Pendidik di PAPN Bercham. Selamat bertugas :)


Salam perpisahan ditujukan buat Cikgu Hazmah dan Cikgu Azlina yang terpilih mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Izajah (KPLI) PERMATA ambilan Jun 2010. Tahniah kami ucapkan dan terima kasih di atas jasa kalian mendidik anak-anak PERMATA dan bertungkus lumus di awal penubuhan PAPN Putrajaya 2.

Warkah khas daripada Cikgu Hazmah dan Cikgu Azlina :


"Ucapan terima kasih kepada semua Pendidik, PPm dan ibubapa serta anak-anak didik yang telah memberi kerjasama sepanjang kami bertugas di sini. Semoga ilmu yang dicurahkan akan berterusan dan dirahmati Allah SWT. Doakan kami berdua selamat menempuh KPLI dengan jayanya."

Terbang bangau dilangit tinggi,
hinggap dipohon mawar berduri,
silap dan salah harap dimaafi,
semoga kita berjumpa lagi.

1 comment:

  1. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan TAHNIAH kepada Cikgu Hazmah dan Cikgu Azlina kerana terpilih untuk mengikuti Kursus KPLI. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih diatas tunjuk ajar serta mendidik anak saya dan anak2 permata yg lain..Jasa cikgu tak akan saya lupakan.. Semoga kita dapat berjumpa lagi.... ceria2 selaluu
    From: Ibu Irdina Hadirah

    ReplyDelete