12 April 2011

Sukaneka PAPN Putrajaya 2011

Pada 6 April 2011 yang lalu bertempat di gelanggang bola keranjang PAPN Putrajaya telah berlangsungnya sukaneka PAPN Putrajaya 2011 yang bertemakan "Anak Sihat Ibubapa Ceria". Sukaneka telah dianjurkan oleh Guru Pelatih KPLI PERMATA, Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama PAPN Putrajaya. Sokongan daripada ibubapa juga sangat memberangsangkan.Terima kasih tidak terhingga kepada ibubapa yang terlibat dalam membuat persiapan dan membantu sepanjang berlangsungnya sukaneka tersebut.

Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh Pn. Fatimah Zaharah Adam, Ketua Pendidik PAPN Putrajaya manakala majlis penutup oleh Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Pendidik iaitu En. Fathullah Uzir. Sebanyak enam acara untuk kanak-kanak telah dipertandingkan iaitu acara mengutip biskut, bola siapa paling banyak, baling pundi kacang, lari bawa bola, pecah belon, dan mengisi air dalam botol.Satu acara terbuka bagi kategori ibubapa dan pendidik iaitu acara 'semakin jauh semakin sayang' menggamatkan suasana apabila setiap pasangan yang mengambil bahagian menunjukkan kesungguhan mempertahankan balingan belon yang diisi air terselamat daripada terjatuh dan pecah.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat...


 
 


 

 

untuk melihat lebih banyak gambar sila klik di sini.

No comments:

Post a Comment