10 January 2012


SELAMAT TAHUN BARU 2012 dan 

SELAMAT DATANG

             
 Assalamualaikum w.b.t. Moga Allah permudahkan segala urusan kita di saat ini. Rasa sekejap sahaja berlalu tahun 2011 yang memberi seribu makna kepada warga PAPN Putrajaya. 

             Menjadikan azam tahun 2012 memperbaiki niat sebagai seorang pendidik yang lebih ikhlas untuk mewarnai dan mendidik dengan rasa cinta kepada anak2 disini. Bukan mudah andai kita bukanlah orang yang pada awalnya mencintai kanak2 tetapi insyaAllah dengan berkat kesabaran,memperbaiki diri menjadi seorang pendidik, moga Allah memberi pahala kepada segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan. Selamat tahun baru dengan dari warga PAPN Putrajaya, moga tahun baru 2012 ini menjadikan kita hamba yang lebih mensyukuri atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kehidupan kita.

           Alhamdullillah, kami mengalukan kedatangan semuaanak PERMATA  2012 yang baru sahaja mendaftar untuk tahun ini. Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan kepada kami. Sokongan ibu bapa menjadikan kami terus bersemangat membangunkan pendidikan anak-anak disini.


Jika anak dibesarkan dengan celaan,
dia belajar memaki.



Jika anak dibesarkan dengan permusuhan,

dia belajar berkelahi.

Jika anak dibesarkan dengan cemuhan,
dia belajar rendah diri.

Jika anak dibesarkan dengan penghinaan,
dia belajar menyesali diri.

Jika anak dibesarkan dengan toleransi,
dia belajar menahan diri.

Jika anak dibesarkan dengan dorongan,
dia belajar percaya diri.

Jika anak dibesarkan dengan celaan,
dia belajar memaki.

Jika anak dibesarkan dengan pujian,
dia belajar menghargai.

Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang baik,
dia belajar keadilan.

Jika anak dibesarkan dengan rasa aman,
dia belajar menaruh kepercayaan.

Jika anak dibesarkan dengan dokongan,
dia belajar menyayangi dirinya.

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan,
dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan.”

Kesimpulannya, peribadi anak2 dibentuk dari  ibu bapa dan guru. Oleh demikian, peranan kita sangat besar dalam membentuk karakter anak2 zaman ini. Andai anak bermasalah ,muhasabahlah, mungkin ada kesilapan dalam kita mendidik mereka. Moga kata2 ini memberi sedikit motivasi buat semua agar kita tidak emosi berhadapan karenah anak2 didik.

 All da best buat semua warga pendidik PAPN Putrajaya.

No comments:

Post a Comment