11 November 2012

Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's

Tarikh : 9/11/2012

Lawatan ke kilang coklat Beryl's merupakan antara aktiviti yang dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak 2-3 Tahun. “Selain dapat mengetahui maklumat asas mengenai teknik pembuatan sesuatu jenis coklat, lawatan seumpama ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan siraturahim sesama pendidik dan ibu bapa di dalam suasana yang lebih santai, “.

Kami disambut oleh kakitangan Beryl's yang terletak di Sri Kembangan, Selangor. Lawatan selama 40 minit tersebut dimulakan dengan tayangan video mengenai beberapa proses membuat coklat sebelum dibawa melihat sendiri secara dekat proses pembuatan coklat di kilang tersebut. Lawatan ke kilang coklat Beryl's nyata menarik perhatian namun sedikit terkilan kerana deligasi tidak dibenarkan mengambil gambar sepanjang lawatan. Lawatan tersebut diakhiri di kedai jualan produk coklat Beryl's yang terletak dihadapan kilang. Pelbagai produk coklat Beryl's dijual dengan harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan harga pasaran.
 
Gambar yang sempat dirakamkan semasa lawatan dibuat :
 





 
 

No comments:

Post a Comment