21 October 2013

 Karnival Kesihatan Pergigian: Gigi Ku Mutiara Ku

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan Karnival Kesihatan Pergigian: Gigi Ku Mutiara Ku Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2013 & Malaysian Book Of Records Boneka Cha-Cha Kesihatan Pergigian Terpanjang Di Malaysia yang disempurnakan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Tarikh            :           6 Oktober 2013 (Ahad)
Masa              :           10.00 pagi – 11.00 malam
Tempat          :           Lobi Utama
                                  Berjaya Times Square, KL
Perasmi         :           YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

Objektif karnival ini adalah:
  1. Untuk menanamkan sikap mementingkan penjagaan kesihatan pergigian dikalangan semua lapisan masyarakat bermula dari peringkat kanak-kanak lagi.
  2. Untuk memperkasa individu, keluarga dan masyarakat akan kepentingan penjagaan kesihatan pergigian kendiri.
  3. Untuk memperkenalkan bahawa persembahan boneka adalah salah satu wadah promosi kesihatan pergigian yang berkesan.
  4. Untuk mencipta Malaysian Book of Records dalam persembahan boneka kesihatan pergigian terpanjang
  5. Untuk mempromosikan peranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam meningkatkan tahap kesihatan



PAPN Putrajaya telah turut sama menyertai karnival tersebut.
Antara gambar yang sempat dirakamkan ketika berlangsungnya majlis tersebut seperti di bawah :













No comments:

Post a Comment