01 October 2013

Lawatan Negara Dari Presiden Singapura TYT Dr Tony Tan Keng Yam Beserta Isteri Ke Pusat Anak Permata Negara Putrajaya


Pada 19 September 2013 ,
Bahagian PERMATA telah menerima kunjungan hormat daripada Presiden Singapura 
TYT Dr Tony Tan Keng Yam beserta isteri TYT Puan Mary Tan 
ke Pusat Anak PERMATA Negara Putrajaya.
Tetamu kehormat disambut mesra oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang merangkap Penaung Program PERMATA.

Tetamu kehormat kemudian ditayangkan Video Korporat PERMATA Gemilang yang menunjukan kesemua Program PERMATA yang dijalankan oleh Bahagian PERMATA. Mereka juga diberi taklimat oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia YBhg. Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. 

Seterusnya lawatan diteruskan dengan persembahan Tarian Tanjung Katong dan juga Pop Yeh Yeh oleh anak anak PERMATA.



Flower Girl dan Flower Boy
PAPN PUTRAJAYA




Persiapan sebelum menyambut ketibaan tetamu VIP

Persiapan sebelum menyambut ketibaan tetamu VIP


 Ketibaan tetamu yang dinantikan...:)


 Aktiviti yang dijalankan semasa hari lawatan tersebut

No comments:

Post a Comment